Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUHD. MANSUR ABDULLAH | MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945- ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok Tanjung Oh Tanjung dalam akhbar Mingguan Timur, Paku Karat dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pojok |
|
|