Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PISAU | Pisau alat memotong yang digunakan sebagai perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan pemegang pula diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk tanduk rusa dan tulang. | UMUM | |
MIKROTOM | Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk memotong bahan menjadi sangat nipis supaya keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen, pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat juga Mikroskop; Mikrotomi. | UMUM | |
PISAU BOWIE | Pisau Bowie ialah peralatan berburu dan senjata yang popular di sempadan Amerika. Ia terdiri daripada pemegang yang pendek dengan pengadang tangan dan mata pisau yang panjang dan lebar. Mata pisaunya melengkung hingga ke hujungnya. Panjang mata pisau ini kira-kira 20 hingga 40 sentimeter dan lebar kira-kira empat sentimeter hingga lima sentimeter. | UMUM | |
PISAU TEMBELING | PISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
NATRIUM | Natrium ialah unsur kimia dengan simbol Na. Ia adalah logam berwarna putih keperakan yang mempunyai banyak kegunaan penting. Ia adalah logam yang lembut dan mudah dibentuk atau dipotong dengan pisau. Natrium tergolong dalam kumpulan unsur kimia yang dikenali sebagai logam alkali . | UMUM | |
TUAI | TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai anai-anai atau renggam di Kedah, dan ketaman di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TEGANGAN PERMUKAAN | Tegangan permukaan ialah daya yang menyebabkan permukaan cecair berkelakuan dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika ia diletakkan di atasnya dengan teliti. Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai kererambutan. | UMUM | |
BUKIT CHUPING | BUKIT CHUPING, tapak gua yang menghasilkan alat tulang dalam bentuk pisau yang mempunyai mata yang tajam dan licin. Penemuan alat tulang ini mempunyai persamaan dengan jumpaan di tapak-tapak prasejarah kebudayaan Hoabinh yang lain di Asia Tenggara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MACHETE | Machete ialah parang yang besar dan berat, dan bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat. Machete yang digunakan sebagai senjata mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60 sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang bermata pendek digunakan untuk memotong tebu dan menebas. Lihat juga Pisau. | UMUM | |
TAHAYUL | Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai. Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan akan berlaku mengikut adat lama, dianggap berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan kesuburan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pisau (kata nama) | Bersinonim dengan badik, belati, belintan, cundrik, curik, kerambit, lawi ayam, nenram, pisau calung,
pisau cukur, pisau getah, pisau lipat, pisau makan, pisau raut, pisau sadap, pisau wali., | |
|
Puisi |
---|
|
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Lihat selanjutnya... |
|