Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PILIHAN RAYA | Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan, kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial, kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam dan persendirian. | UMUM | |
RICHMOND UPON THAMES | Richmond upon Thames (pend. 154 600) ialah kawasan pilihan raya bandaran dalam kawasan Greater London, England. Ia meliputi bekas kawasan pilihan raya bandaran Barnes, Richmond, dan Twickenham. | UMUM | |
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA | Kapsyen : Mengundi sebagai satu simbol demokrasi SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MIKI, TAKEO | Miki, Takeo (19071988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. | UMUM | |
RASUL | Nabi pilihan yang memiliki mukjizat | AGAMA | Jawatan/Gelaran |
BURY | Bury (pend. 172 200) ialah kawasan pilihan raya bandaran dan daerah kerajaan tempatan di Lancashire, England. | UMUM | |
AKTA PILIHANRAYA 1958 | Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958 untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
MERIDIAN GREENWICH | Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan yang merentasi Greenwich, sebuah kawasan pilihan raya bandaran (borough) London, pada peta bumi. Meridian Greenwich sering dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau barat meridian ini. | UMUM | |
TEORI PERMAINAN | Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan dan pembuat keputusan sebagai pemain. | UMUM | |
MITRA, RAMON V. | Mitra, Ramon V. (1929 ), pemimpin politik Filipina. Dia menjadi speaker Dewan Perwakilan Filipina pada tahun 1987. Mitra terkenal kerana menentang kerajaan pimpinan Ferdinand Marcos. Dia menyokong Corazon Aquino dalam pilihan raya presiden pada tahun 1986. Selepas Corazon memenangi pilihan raya itu, dia menjadi setiausaha pertanian. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Lihat selanjutnya... |
|