Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir barat laut benua Afrika yang terletak di antara Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik. Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak itu, peperangan terus berlaku antara puak pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai Polisario Front yang menganggap gurun tersebut negara berasingan dan mereka menolak untuk bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka. |