Pesawat peluncur ialah motobot laju yang melayap di permukaan air, hampir-hampir sama seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat ini memecut, sehingga ia melayang di atas permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan tekanan air mengangkat motobot itu dan mengawalnya supaya sentiasa berada di permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya mempunyai dasar permukaan tunggal. Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih bahagian dasar yang terpisah. |