Telekomunikasi ialah penghantaran dan penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera, lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik yang digunakan di seluruh dunia. Sistem telekomunikasi moden menghantar dan menerima bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat dalam sekelip mata. |