ANTHONY OF THEBES, SAINT | Anthony of Thebes, Saint (250?356), pengasas kebiaraan Kristian. Anthony banyak menghabiskan hidupnya sebagai pertapa di gurun-gurun yang terdapat di Mesir. Dia mewujudkan masyarakat pertapa agama yang menjadi contoh bagi kehidupan kebiaraan. | UMUM | |
JENGGALA | JENGGALA, kerajaan Hindu yang diasaskan oleh Airlangga, pemerintahan kerajaan Jawa Timur, Indonesia. Pada sekitar tahun 1049, iaitu sebelum Airlangga meninggalkan takhtanya untuk menjadi seorang pertapa, baginda telah membahagikan kerajaannya kepada dua untuk dua orang puteranya. Kedua-dua kerajaan yang baharu dibentuk itu ialah kerajaan Jenggala dan Panjalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |