Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I, Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai bahasa Arya. |