Saint Johns ialah ibu negara pulau Antigua dan Barbuda. Bandar ini terletak di penjuru barat laut Antigua. Penduduknya berjumlah 36 000 orang, kira-kira separuh penduduk kepulauan tersebut. Pelabuhannya digunakan oleh kapal persiaran dan pengangkutan kargo. Pelabuhan air dalam yang utama mempunyai selat sepanjang 2438 meter dan selebar 91 meter. |