Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERSETUJUAN PERTAHANAN LIMA NEGARA | Pertubuhan Lima negar berkenaan hubungan pertahanan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERSETUJUAN PRAGMATIK | Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di- keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman memerlukan raja menurunkan harta bendanya kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah- pecahkan. | UMUM | |
PERLUCUTAN SENJATA | Perlucutan senjata adalah penghapusan, pengurangan, atau pembatasan angkatan bersenjata sesebuah negara. Perlucutan senjata biasanya hanya dapat dicapai melalui persetujuan antarabangsa. Tidak ada negara yang digalakkan melepaskan keseluruhan keupayaannya untuk mempertahankan diri atau menyerang negara musuh secara ketenteraan. Akibatnya, persetujuan perlucutan senjata sebenarnya adalah persetujuan untuk mengawal senjata. | UMUM | |
PERSETIAAN HELSINKI | Persetiaan Helsinki adalah beberapa persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in Eropah (Conference on Security and Cooperation di Europe CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980- an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1 Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir keseluruhannya adalah negara-negara Eropah. | UMUM | |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERJANJIAN | Perjanjian ialah persetujuan formal antara dua atau lebih kerajaan yang merdeka. Ia biasanya, dalam bentuk dokumen bertulis tetapi kadangkala dalam bentuk pernyataan lisan yang dipersetujui oleh wakil daripada negara-negara yang terlibat. Sejarah wujudnya perjanjian bermula beratus- ratus tahun dahulu. Seawal tahun 3000 S.M., pemerintah negara-negara purba menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan jirannya. Terdapat pelbagai sebab perjanjian ditandatangani. Sesetengah perjanjian menamatkan peperangan dan ada juga untuk menyelesaikan pertikaian sempadan. Sepanjang sejarah dunia, perjanjian memainkan peranan yang penting dalam hubungan antara negara. | UMUM | |
PERJANJIAN WINDSOR | Perjanjian Windsor ialah persetujuan yang dibuat pada tahun 1175 antara Henry II, raja England , dengan Rory OConnor, raja tinggi Ireland yang terakhir. Perjanjian tersebut menetapkan bidang kuasa Henry ke atas ketua- ketua yang memerintah Ireland. | UMUM | |
PERJANJIAN VERSAILLES | Perjanjian Versailles ialah persetujuan rasmi untuk menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Jerman dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Versailles, berhampiran Paris , pada 28 Jun 1919, dan dikuatkuasakan pada 10 Januari 1920. Serangan sebenar berakhir apabila Jerman menerima perjanjian gencatan senjata ini pada 11 November 1918. | UMUM | |
KOMPLOT | Komplot ialah persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | UMUM | |
STRATEGIK | Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (Strategic Arms Reduction Treaty) (START) merujuk kepada salah satu daripada dua persetujuan senjata yang mengurangkan bilangan senjata nuklear jarak jauh. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menandatangani START I, yang pertama pada bulan Julai 1991. START I bertujuan mengurangkan bilangan peledak nuklear dan bom jarak jauh yang dimiliki oleh kedua-dua negara sebanyak kira-kira satu per tiga. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tuju | | Kata Terbitan : bersetuju, mempersetujui, menyetujukan, mempersetujukan, persetujuan, menuju, menujui, menujukan, tujuan, bertujuan, |
|
|