Soroptimist International ialah sebuah organisasi perkhidmatan untuk ahli perniagaan, eksekutif, dan profesional wanita yang terbesar di dunia. Kelab ini mempunyai kira-kira 75 000 orang ahli daripada lebih 75 buah negara. Hanya mereka yang dipelawa sahaja yang boleh menjadi ahli. Kelab ini mempunyai enam bidang aktiviti yang utama: pembangunan ekonomi dan sosial, pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi manusia, dan kemajuan taraf kaum wanita, serta perasaan muhibah dan persefahaman antarabangsa. Organisasi ini mengandungi empat persekutuan meliputi Amerika, Eropah, Great Britain, dan Ireland, serta kawasan Barat Daya Pasifik. Kelab pertama telah diberikan piagam pada tahun 1921 di Oakland, California, Amerika Syarikat. |