Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah persatuan orang yang mempunyai minat yang sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal, keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini mengadakan upacara mass (upacara orang yang beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan keagamaan ini disekat di England. |