Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PINGGIR BENUA | Zon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
AHMAD SEBI ABU BAKAR, DATO' | AHMAD SEBI ABU BAKAR, Dato (1947- ), penulis dan usahawan. Dia lahir pada 10 Jun 1947 di Permatang Bendahari, Seberang Perai, Pulau Pinang. | SASTERA | Konsep |
MD. SALLEH YAAPAR | MD. SALLEH YAAPAR (1946- ), pengkaji dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Marks, Butterworth. Pada tahun 1964, dia menjadi guru sementara di beberapa buah sekolah di Kedah. Selepas mengajar beberapa tahun, dia mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1968. Selepas itu, dia menjadi guru tetap di beberapa buah sekolah menengah hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti. | SASTERA | Tokoh |
MATANG | MATANG, pusat pentadbiran bagi daerah Larut, Perak yang dibuka oleh Long Jaafar pada tahun 1850-an. Matang yang dahulunya dikenal sebagai Permatang, merupakan sebuah pusat kegiatan melombong bijih timah. Matang terletak di muara Sungai Larut, pantai barat Perak, sesuai sebagai tempat import dan eksport barang-barang dari Pulau Pinang dan ke pulau itu yang ditadbir oleh pihak British. Di sini jugalah Long Jaafar membina kota dan tempat kediamannya. Setelah kematian Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim, terus menggunakan Matang sebagai pusat pentadbiran yang meliputi kawasan Kerian, Matang dan Selama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANA | SYED ABDUL RAHMAN, Dato Kelana ( ? 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR | NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR (? 1895), pentadbir Larut (1840 1875), Ngah Ibrahim mewarisi pentadbiran Larut daripada ayahnya, Long Jaafar. Pada 24 Mei 1858, dia diberi kuasa oleh Sultan Jaafar Muazam Syah untuk mentadbir kawasan yang meliputi Kerian dan Bagan Tiang. Ngah Ibrahim tinggal di Permatang (Matang) dan berkahwin dengan Wan Halimah, anak Laksamana Wan Muhammad Amin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata permatang |
|
Puisi |
---|
|
Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.
Lihat selanjutnya... |
|