Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
KONGKANG | Kongkang ialah haiwan yang bergerak perlahan, yang hidup di atas pokok. Kongkang ialah primat, iaitu anggota order haiwan yang termasuk monyet, beruk, dan manusia. | UMUM | |
DEMPUL | Dempul ialah bahan pengisi yang lembut apabila digunakan, tetapi mengeras dengan perlahan. Ia digunakan untuk mengisi lubang buku kayu, rekahan, dan kecacatan lain pada permukaan kayu sebelum permukaan itu dicat. | UMUM | |
SLOTH | Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus bergayut pada pokok untuk beberapa masa selepas ia mati. | UMUM | |
AMPAIAN | Ampaian ialah satu campuran dengan sesuatu bahan terasing daripada cecair atau gas secara perlahan. Setiap partikel (zarah) mengandungi banyak atom atau molekul. Ampaian dapat dilihat dalam bentuk campuran dua bahan berlainan. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
ARUS PERU | Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin meniup air permukaan yang panas, menyebabkan air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan. Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat Humboldt, Baron von ). | UMUM | |
KAP | Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea, serangga, dan tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
KELIKATAN | Kelikatan ialah ukuran rintangan sesuatu bendalir (cecair atau gas) untuk mengalir. Bendalir yang mempunyai kelikatan tinggi seperti molases, mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang mempunyai kelikatan rendah, seperti air. | UMUM | |
ARITMIA | Aritmia ialah ritma jantung yang tidak normal. Aritmia biasanya adalah denyut jantung tambahan yang tidak menyebabkan masalah yang serius. Namun, kadangkala ritma jantung boleh menjadi perlahan atau cepat sehingga membahayakan. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Anak burung terbang perlahan, Hinggap mari ranting kayu; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur masak layu.
Lihat selanjutnya... |
|