Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau kering yang dibuat daripada daun pokok tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok pada gusi atau dicelup iaitu diletakkan di dalam mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah. Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa deria bau dan mengurangkan kebolehan mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa penggunaan tembakau sedutan meningkatkan risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi yang lain. |