Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib berbeza-beza daripada arkib negara yang besar sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej atau di premis syarikat swasta. Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib. Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian mengenai keluarga tempatan. |