Sillitoe, Alan (1928 ) ialah pengarang dan penulis drama British yang terkenal dengan novel pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning (1958) yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya, yang memberikan judul kepada buku ini, menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays (1978), The Rats and Other Poems (1960), The Ragmans Daughter (1963), dan The Victory (1982). Saturday Night and Sunday Morning dan The Loneliness of the Long Distance Runner telah dijadikan filem dan diminati ramai. |