Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) | | UMUM | |
MAKTAB PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR | Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (MPT), maktab perguruan yang bertanggungjawab untuk melatih dan mendidik guru yang terlatih dalam bidang teknik dan vokasional. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS | MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, maktab perguruan melatih guru lelaki dan pencetus gerakan kebangsaan Melayu. Sebelum itu maktab ini terkenal dengan nama Sultan Idris Training College (SITC). Maktab ini ditubuhkan pada 23 November 1922 dengan mengambil nama Sultan Idris, almarhum Sultan Perak, yang memang telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan bagi orang Melayu. Pada 29 November 1922, maktab ini telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU | MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU, maktab perguruan yang pertama dibina di Kelantan. Maktab ini terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan. Maktab ini mula dibina pada tahun 1952 dan siap pada tahun 1954. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA | MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 dengan nama The Malay Womens Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
FATIMAH BUSU | FATIMAH BUSU (1943 - ), penulis. Dia lahir pada bulan Janauri 1943 di pasir Pekan, Kelantan. Dia mendapat latihan perguruan di maktab Perguruan Melayu Melaka pada tahun 1961 dan bertugas sebagai guru dari tahun 1963 hingga tahun 1972. Dari tahun 1973 hingga tahun 1975, Fatimah melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 1978, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dan dilantik sebagai pensyarah di USM. | SASTERA | Tokoh |
PENDIDIKAN GURU | PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
LOKMAN MUSA | LOKMAN MUSA, Datuk (1926 ), tokoh pendidikan. Dia lahir di Pontian, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Pontian dan di Sekolah Melayu Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Pendidikan menengah Lokman di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat dan di English College, Johor Bahru. Kemudian dia menjalani latihan perguruan di Pusat Latihan Perguruan Normal, Batu Pahat. Lokman melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura; Universiti of Sussex, United Kingdom dan Harvard University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934 ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
MAKTAB MELAYU TAIPING | MAKTAB MELAYU TAIPING, maktab perguruan yang pertama di Perak. Maktab ini ditubuhkan pada bulan Julai 1898. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |