Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah negara menjadi pengguna piawai emas apabila menerima tukaran wang asing yang ditawarkan dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi, mengawal perbelanjaan kerajaan, dan menstabilkan kadar tukaran wang asing di kalangan negara yang menggunakannya. Kelemahannya pula ialah menghalang penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa. |