Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU | PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu. | BAHASA | Bahasa |
PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA | PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA, proses pemantapan bahasa. Perancangan bahasa di Indonesia, berciri multilingual kerana selain bahasa Indonesia dan bahasa daerah yang jumlahnya sampai sekarang belum diketahui secara tepat, bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga digunakan di Indonesia. Terdapat sekitar 600 bahasa daerah di Indonesia. | BAHASA | Bahasa |
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU | BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat. | BAHASA | Konsep |
AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA | Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk perkembangannya didasarkan pada pengekalan angkatan yang akan memberi khidmat kepada keperluan semasa dan darurat. | UMUM | |
TAPIOLA | Tapiola ialah sebuah komuniti dalam bandar raya Espoo, Finland, yang menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai model perancangan bandar. Tapiola terletak di bahagian selatan Finland. Untuk mengetahui kedudukan Espoo, lihat Finland (peta politik). | UMUM | |
STOPES, MARIE CARMICHAEL | Stopes, Marie Carmichael (18801958), ahli sains dan penulis British, terkenal kerana merintis kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan penulisannya menyentuh masalah dalam perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh, Scotland, dan mendapat pendidikan di University College, London. Dia ialah wanita pertama yang menjadi kakitangan dalam bidang sains di Manchester University. | UMUM | |
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |
PERAKAUNAN | Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | UMUM | |
|
|