Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BAHASA MELAYU PERANAKAN | BAHASA MELAYU PERANAKAN, bahasa Cina Baba yang tinggal di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Perkataan Baba bermaksud Cina Peranakan lelaki dan Cina Peranakan perempuan (Nyonya) atau masyarakat Cina Peranakan keseluruhannya. | BAHASA | Konsep |
SASTERA PERANAKAN | SASTERA PERANAKAN, bentuk sastera yang dihasilkan oleh masyarakat Cina Peranakan di Malaysia. Ia juga dikenal sebagai Sastera Baba. Masyarakat Cina Peranakan menghasilkan sastera ini pada abad ke-19, iaitu sebelum Perang dunia Kedua. Sastera ini ditulis dalam bahasa Melayu. Karya sastera peranakan banyak tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Bintang Timur, Bintang Peranakan, Khabar Ucapan Baru dan Straits Chinese Magazine yang diterbitkan di Singapura antara tahun 1894 hingga tahun 1930. | SASTERA | Konsep |
PERANAKAN | PERANAKAN, keturunan daripada hasil perkahwinan antara orang tempatan dengan orang asing. Masyarakat Peranakan dirujuk kepada orang Serani, kaum Baba Peranakan, kaum Ceti dan golongan Jawi Peranakan. Golongan ini dipercayai telah ada semenjak abad ke-15 dan abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
JAWI PERANAKAN | JAWI PERANAKAN, ETNIK Melayu keturunan India Muslim berasal dari India Selatan yang lahir di Pulau Pinang. Dalam tahun 1860-an, istilah Jawi Peranakan digunakan untuk merujuk mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan berdarah Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BAHASA MELAYU KRISTANG | BAHASA MELAYU KRISTANG, bahasa orang Portugis Peranakan yang tinggal di Melaka. Mereka ialah keturunan orang Portugis yang datang ke Melaka bersama-sama Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511. | BAHASA | Konsep |
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL | BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan. | BAHASA | Konsep |
JAJAHAN MELAYU, | JAJAHAN MELAYU, akhbar mingguan. Akhbar ini diterbitkan di Taiping, Perak, pada 4 November 1896 oleh Sayid Abul Hassan bin Burhan yang berasal daripada keturunan Jawi Peranakan. Sebelum ini, Sayid Abul Hassan menerbitkan akhbar Seri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
BINTANG TIMOR | BINTANG TIMOR, akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894. Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum. Song Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press. Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian. Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |
WAJAH SELONG | WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka. Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895. Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya. Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka. Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka. Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya, Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
ISLAM DI FILIPINA | ISLAM DI FILIPINA, perkembangan agama Islam di Mindanao dan Sulu pada akhir abad ke-13. Menurut penulisan tradisi Moro, Tarsila, Mindanao dan Sulu menjadi pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang Arab, China dan India sebelum kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1450, Kesultanan Sulu didirikan di Buansa (Jolo) oleh Syed Abu Bakr, seorang pedagang peranakan Makkah. Di bawah pimpinannya, institusi politik yang berasaskan Islam dibentuk dan Islam dari Buansa tersebar ke kawasan yang berhampiran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranakan |
|
|