Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PEPERIKSAAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH | | UMUM | |
ELEVEN-PLUS | Eleven-Plus ialah peperiksaan yang diambil oleh murid sekolah rendah yang berumur antara 10 tahun sehingga 11 tahun di beberapa bahagian di United Kingdom (UK). | UMUM | |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH GHARIEB SYEKH RAOUF | SYEIKH GHARIEB SYEIKH RAOUF (1923-1975), ahli politik. Beliau lahir pada 19 Ogos 1923 di Batu Pahat, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang peniaga yang berasal dari Siak Inderapura, Sumatera. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian, beliau belajar di High School, Batu Pahat dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Senior Cambridge kerana Perang Dunia Kedua telah merebak ke Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
ABDUL KARIM ABU BAKAR | ABDUL KARIM ABU BAKAR (1922- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 September 1922 di Alor Gajah, Melaka. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka hingga Darjah Lima (1932). Setelah lulus peperiksaan untuk Special Malay Class, dia melanjutkan pelajaran di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School Melaka, hingga ke kelas Junior Cambridge (1941). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KASMANI HAJI ARIF | KASMANI HAJI ARIF, (1919-1941), penulis cerpen dan sajak. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Mampan, Batu Pahat hingga tamat Darjah Empat, pada tahun 1929. Pada tahun 1930, dia diterima menjadi guru dan pada tahun 1931, dia lulus peperiksaan untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (1932). Setelah tamat pengajian di MPSI (1934), dia ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Johor. | SASTERA | Tokoh |
PENGHULU TAWI SLI | PENGHULU TAWI SLI (1912-1987), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang kedua (1966-1969). Dia lahir pada bulan Jun 1912 di Lingga, Simanggang, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Luke di Sabu, Simanggang dan lulus peperiksaan Juior Cambridge pada tahun 1931 di St. Thomass School, Kuching, Tawi Sli pernah menjadi guru sebelum mengikuti kursus agama Kristian pada tahun 1934. Dia pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Simanggang dan di Pejabat Residen Bahagian Kedua (1937-1960). Setelah bersara, pada tahun 1961, dia mula bergiat dalam bidang politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
|