Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana jenis mikroskop yang mengimbas permukaan bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion meter lebarnya kira-kira selebar atom. Mikroskop kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan kimia. |