Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (18501946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai bapa dan pengasas Malaya moden. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
AL-ANSAR | Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah. Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, nasara. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
H.M. ROHAIZAD | H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953. | BUDAYA | Tokoh |
NERACA | NERACA, majalah tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura. Pengarang majalah ini ialah Haji Abbas Mohd. Taha, bekas penolong pengarang al-Imam dan juga sahabat kepada Syekh Tahir Jalaluddin. Dia juga telah mengambil alih pengurusan Matbaah al-Imam pada tahun 1908. Majalah ini diterbitkan ekoran pemberhentian majalah al-Imam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (19211982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN | RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI | Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri (1920-1978), Ketua Setiausaha Negara (1970-1976). Beliau dilahirkan pada 3 November 1920 di Kajang, Selangor. Beliau bertugas sebagai penolong pegawai pos sebaik tamat belajar pada tahun 1939. Abdul Kadir memperoleh biasiswa dan melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Raffles College, Singapura. Selepas itu, beliau mengikuti kursus undang-undang di Bristol University, England atas tajaan Queens Scholarship. Pada tahun 1954, beliau menyambung pengajian di Yale University, Amerika Syarikat setelah mendapat Fullbright Exchange Fellowship. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BROWN C.C. | BROWN, C.C. (? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa British. Nama sebenarnya ialah Charles Cuthbert Brown. Dia pernah berkhidmat sebagai hakim di Parit, pelatih kepada pegawai di Pejabat Tanah di Taiping, Penolong Pegawai Daerah Parit, Residen British di Pahang, dan Penasihat British di Terengganu. | BAHASA | Tokoh |
NORMAN, LILITH | Norman, Lilith (1927 ), penulis buku kanak- kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya penulisannya yang benar dan berterus terang dalam novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak- kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain termasuk The Shape of Three (1971), The Flame Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979). Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor School Magazine pada tahun 1970. | UMUM | |
|
|