Abu Nuwas (129 H.198 H./747 M. 814 M.), salah  seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama  sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani. Dia lahir di  daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di  Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya  ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn  Muhammad dan dia merupakan penduduk  Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang  saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Muadh.  Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih  kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia  dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya  kepada seorang penjual minyak wangi dan  kemudian menghantarnya belajar di sebuah  sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang  penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn  al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga  besar.  |