Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RAMSEY, SIR ALFRED | Ramsey, Sir Alfred (19221999), pengurus pasukan Bola Sepak England yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1966. | UMUM | |
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN, TAN SRI | ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN, Tan Sri (1933- ), Pengurus Penerbangan Malaysia (MAS) (1982-1991). Dia lahir pada 3 Oktober 1933 di Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. | BUDAYA | Konsep |
NOVELLO, IVOR | Novello, Ivor (18931951), menjadi terkenal sebagai penggubah salah sebuah lagu Perang Dunia I (19141918) yang paling popular, Keep the Home Fires Burning. Dia juga merupakan pengurus pelakon, pelakon filem, dan dramatis yang mantap. Novello lahir di Cardiff, Wales. Nama sebenarnya ialah David Ivor Davies. | UMUM | |
BOUCICAULT, DION | Boucicault, Dion (1820?1890) ialah penulis drama, pelakon dan pengurus teater Ireland- Amerika. | UMUM | |
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN | Sistem maklumat pengurusan ialah sistem komputer yang direka untuk membantu para eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan, agensi kerajaan dan juga organisasi lain. Sektor perniagaan sudah lama bergantung kepada komputer untuk mengendalikan kerja menyimpan kira-kira yang asas, seperti penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu, sistem maklumat pengurusan sebenarnya membantu pengurus membuat keputusan perniagaan yang kompleks. | UMUM | |
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat. Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar. Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT | LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT, badan pengurus sekolah-sekolah rakyat atau ringkasnya LEPIR. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu aktif dalam kegiatan politik namun aspek pendidikan lebih diutamakan ke arah memperjuangkan kelangsungan hidup bangsa Melayu. Misalnya, parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil inisiatif menubuhkan Derma Pelajaran UMNO, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula memilih salah satu daripada tunggak perjuangannya untuk mendirikan sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BINTANG TIMOR | BINTANG TIMOR, akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894. Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum. Song Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press. Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian. Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |
OH, SADAHARU | Oh, Sadaharu (1940 ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry Hank Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. | UMUM | |
FELCRA | FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
|