Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati. |