Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA | | UMUM | |
PENGISYTIHARAN BALFOUR | | UMUM | |
PENGISYTIHARAN | | UMUM | |
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |
MIRANDA, FRANCISCO DE | Miranda, Francisco de (17501818) ialah patriot Venezuela yang bertempur dalam Revolusi Amerika, Perancis, dan Sepanyol-Amerika. Dia mengetuai pengisytiharan kemerdekaan Venezuela daripada Sepanyol pada tahun 1811. (Lihat Venezuela [Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan]). Dia gagal menjadi diktator dan menyerahkan kuasanya kepada Royalist. Simón Bolívar dan bekas orang bawahannya menyerahkan Miranda kepada kerajaan Sepanyol (lihat Bolívar, Simón). Miranda meninggal dunia di dalam kurungan bawah tanah di Sepanyol. Dia lahir di Caracas. | UMUM | |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) | Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah atau yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25 Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 1975 | UMUM | |
RESOLUSI KUASA PERANG | Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang- undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada 90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan presiden itu atau mengisytiharkan perang. | UMUM | |
KAMPUNG BARU | KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULTAN ALI ISKANDAR SYAH | SULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengisytiharan |
|
|