Tembok Rom ialah tembok penghalang yang dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak terdapat sempadan jajahan yang semula jadi. Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina satu garisan tembok di negara yang kini ialah Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok Rom yang paling masyhur. |