Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya ( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday (Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan paderi pada hari itu dan orang yang mengaku kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi. Lihat juga Minggu. |