Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SERBUK LETUPAN | Serbuk letupan ialah bahan ledakan yang terbakar dengan cepat untuk membentuk gas bertekanan tinggi. Pengembangan gas ini di dalam laras senapang boleh memecutkan sebutir peluru pada kelajuan yang amat tinggi. Oleh itu, serbuk letupan digunakan sebagai bahan pendorong ( propelan ) dalam pelbagai jenis peluru. Serbuk letupan juga digunakan dalam bahan ledakan yang dicipta untuk operasi letupan, bunga api, dan juga fius. | UMUM | |
SALTPETRE | Saltpetre, juga dinamakan niter , ialah mineral yang dikenali oleh ahli kimia sebagai kalium nitrat (KNO3). Ia wujud dalam gua batu kapur. Industri menggunakan saltpetre untuk membuat mancis, serbuk bedil, bahan letupan dan baja. Ahli kimia menggunakannya sebagai reagen dalam kimia analitikal. Saltpetre juga digunakan sebagai pengoksida dalam bahan pendorong bahan api roket. | UMUM | |
BAKRI SIREGAR | BAKRI SIREGAR (1922 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977. | SASTERA | Tokoh |
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama. | BAHASA | Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendorong |
|
|