Sherwood, Robert Emmet (18961955), penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika yang menekankan keburukan peperangan dalam penulisannya. Dramanya, iaitu Idiots Delight (1936) meratapi ketibaan meletusnya peperangan di Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan peperangan. There Shall Be No Night (1940) menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood terhadap apa yang disebut sebagai keinginan setiap manusia untuk melarikan diri daripada kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi Hadiah Pulitzer. |