Rivers, Larry (19232002) ialah pelukis Amerika Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers memilih lambang Amerika sebagai subjek lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi tema sejarah atau imej barangan komersial seperti kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak diidealistikkan membawa unsur yang menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan penggunaan imejan popular sebagai bahan pendahuluan, dia sering dianggap pelopor pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ). |