Oates, Titus ( 16491705) ialah pelampau Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka cerita tentang rancangan orang Katolik Roman untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan telah dikenakan denda serta dipenjara. William III membebaskan Oates pada tahun 1689 dan memberinya pencen. Oates lahir di Oakham, England, di kaunti yang kini dikenali sebagai Leicestershire. |