Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANTONY, MARK | Antony, Mark (83?30 S.M.) ialah jeneral dan negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian menjadi pembantu pemerintah bersama dengan Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom, Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M. | UMUM | |
SOLANDER, DANIEL CHARLES | Solander, Daniel Charles (17361782) ialah ahli alamiah Sweden. Pada tahun 1768, ahli alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks mengupah Solander sebagai pembantu saintifik dalam pelayaran penjelajahan pertama James Cook. Solander menjadi setiausaha dan pustakawan Bank, dan bekerja dengannya dalam beberapa buah projek sejarah alamiah. | UMUM | |
YEOMAN | Yeoman ialah retainer (tanggungan) pembesar feudal England pada akhir Zaman Pertengahan. Pada awal tahun 1400-an, nama ini merujuk kepada pembantu rumah golongan bangsawan dan pemilik tanah kecil yang bebas serta petani kepada ladang milik orang bangsawan. | UMUM | |
AYLWARD, GLADYS | Aylward, Gladys (19021970), wanita Inggeris, yang menghabiskan masa selama 17 tahun sebagai mubaligh bebas Kristian di China. Wang simpanan daripada upahnya sebagai pembantu rumah membiayai perjalanannya ke China pada tahun 1932. | UMUM | |
STREEP, MERYL | Streep, Meryl (1949 ) ialah seniwati Amerika yang terkenal kerana kepekaannya dalam memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979, Streep memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs. Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam Sophies Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978, Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya dalam drama televisyen Holocaust. | UMUM | |
MACLEISH, ARCHIBALD | MacLeish, Archibald (18921982) ialah penyair (pemuisi), dramatis dan pengkritik Amerika. Dia juga berkhidmat sebagai pustakawan kongres pada tahun 1939 hingga tahun 1944 dan sebagai pembantu setiausaha negara pada tahun 1944 dan tahun 1945. | UMUM | |
THANE | Thane ialah gelaran Anglo-Saxon yang digunakan pada kebanyakan tahun zaman England awal. Perkataan thane mempunyai banyak makna. Pada masa yang berbeza gelaran ini bermakna pembantu, atendan, orang gaji atau pegawai. | UMUM | |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (16281684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
TARIAN BUBU | TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu. Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah. Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun. Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini. Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
AL-ANSAR | Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah. Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, nasara. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembantu. |
|
|