Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AKORDION | Akordian ialah alat muzik jenis lelidah, yang disangkut talinya pada kedua-dua belah bahu pemain. Pemain menegang dan mengempis kuak ( belos ) . Setiap pergerakan memaksa udara melalui lelidah yang diperbuat daripada logam, membuatkan ia bergetar dan menghasilkan bunyi. | UMUM | |
WOODS, TIGER | Pemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006. | SUKAN | Tokoh |
NICKLAUS, JACK | Nicklaus, Jack (1940 ) ialah pemain golf Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat- empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun 1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S. Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan 1986; kejohanan U.S. Professional Golfers Association (PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980. Nicklaus juga memenangi kejohanan United States Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum menjadi pemain profesional. | UMUM | |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936 ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |
ARMSTRONG, LOUIS | Armstrong, Louis (19001971), pemain trumpet Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa. Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya yang berterabur dengan susunan suku kata dan nada yang digubah secara sembrono ketika menyanyi, tanpa menggunakan lirik. | UMUM | |
THE WHO | The Who , menjadi salah sebuah kumpulan penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik rock British. The Who, pada mulanya terdiri daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945 ); penyanyi utama, Roger Daltrey (1945 ); pemain bes, John Entwistle (1946 ); dan pemain dram, Keith Moon (19471978). Selepas Keith Moon meninggal dunia disebabkan dos dadah yang berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who digubah oleh Townshend. | UMUM | |
PAKAU | Pakau ialah permainan terup, iaitu pemain- pemain bertaruh berdasarkan kad yang mereka peroleh atau berharap untuk diperoleh. | UMUM | |
MENDELSSOHN, FELIX | Mendelssohn, Felix (18091847), penggubah, pemain piano, dan konduktor Jerman. Dia mula muncul di khalayak ramai sebagai pemain piano semasa berumur sembilan tahun. Dia mengarang muzik pertamanya semasa berumur 10 tahun, dan menjelang umur belasan tahun, dia sudah menjadi penggubah yang dihormati. Dia mungkin penggubah yang paling masyhur pada zamannya. | UMUM | |
ZUKERMAN, PINCHAS | Zukerman, Pinchas (1948 ) ialah pemain violin dan pemimpin pancaragam kelahiran Israel. Dia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai pemain solo dan pemimpin orkestra simfoni dan orkestra kamar. | UMUM | |
PALMER, ARNOLD | Palmer, Arnold (1929 ) ialah pemain golf Amerika yang menjadi salah seorang pemain yang teragung dan paling popular dalam sejarah sukan ini. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| main | | Kata Terbitan : bermain, bermain-main, memainkan, mempermainkan, mempermain-mainkan, mainan, main-mainan, permainan, permainan, pemain, |
|
|