Sayyaf, Abd Rabb al-Rasul (1365 H. ?/1945 M. ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967. Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis bertajuk al-Wadu fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama fi Muqawamatihi . Dia dilantik sebagai pensyarah ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di universiti yang sama. |