Rosse, Earl of (18001867) ialah ahli astronomi Ireland yang membina teleskop pantul, yang pada masa itu merupakan yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina cermin teleskop yang diperbuat daripada logam yang bergilap. Teleskop itu terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci. Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim jerebu yang dikenal sebagai nebula. |