Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober 1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki, dan British telah menawan Balaklava dengan mudah dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia menghantar bala tentera yang besar dari Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13 kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua- dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang Krimea. |