Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PATIH YUSUF | PATIH YUSUF ( ?-? ), pemerintah Grisek (awal abad ke-16). Dia juga dikenal dengan nama Pate Cucuf. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Patih Yusuf adalah keturunan Melayu dan berasal daripada kerabat keluarga diraja Melaka, yang terusir oleh Portugis, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Datuk Patih Yusuf adalah saudara perempuan Sri Nara Diraja, iaitu bapa bendahara Melaka. Sultan Mahmud Syah (m.m. 1488-1511), Sultan Melaka yang terakhir, adalah juga cucu kepada bendahara. Dengan demikian, Patih Yusuf adalah saudara sepupu kepada Sultan Mahmud Syah. Manakala ayahnya, Patih Adam, berasal daripada keluarga pedagang laut Melaka, yang lebih dahulu datang ke Gresik untuk menggantikan datuk Patih Yusuf sebagai pemerintah. Setelah Patih Adam meninggal dunia, dia datang ke Gresik bersama-sama keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PATIH UNUS | PATlH UNUS (1490-Y521), pemerintah Jepara (1507-1521). Nama sebenarnya ialah Yat Sun dan nama ini lebih dikenal dalam tradisi sejarah Jawa atau sejarah Banten. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, salasilah keluarga Patih Unus berasal dari Kalimantan Barat. Datuknya berasal daripada golongan rakyat biasa, yang merantau ke Melaka dan menjadi kaya melalui perdagangan laut. Pada sekitar tahun 1470, dia berjaya mengambil alih kekuasaan daripada penguasa Jepara dan mengubah serta memperluas wilayah kekuasaan kota pelabuhan kecil tersebut menjadi salah satu kota pelabuhan dagang penting di pantai utara Jawa. Sebagai pemerintah Jepara, datuk Patih Unus tetap mengakui raja Demak sebagai pemerintah tertinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BANJARMASIN | BANJARMASIN, terletak di Propinsi Kalimantan Selatan. Perkataan Banjarmasin yang sebenarnya ialah Banjarmasih, iaitu nama orang besarnya Patih Masih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PADANG | PADANG, kota dan pelabuhan pada masa kerajaan Minangkabau. Padang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Menurut sejarah dan tambo Minangkabau, Padang berasal daripada perkataan padang yang dalam bahasa Minangkabau, bermaksud pedang. Pada sekitar abad ke-16, imigran pertama tiba dari pedalaman Minangkabau. Mereka diketuai oleh Maharajo Besar (dari kawasan Solok). Tidak lama selepas itu, tiba pula lima orang datuk dan antaranya bernama Datuk Patih Karsani. Dia telah menemui banyak tinggalan berharga seperti mangkuk, pinggan, meriam, pisau dan pedang. Sejak penemuan itulah tempat tersebut diberi nama padang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata patih |
|
|