Struve, Otto (18971963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). |