Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PASANG SURUT | Pasang surut ialah turun naik paras air di kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan berenang semasa air sedang pasang dan mencari kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang surut air juga menandakan waktu bermula atau berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau masuk pelabuhan. | UMUM | |
ARAS LAUT | Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan min aras laut sebagai aras permulaan untuk mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di atas aras laut. Death Valley di California terletak 86 meter di bawah aras laut. | UMUM | |
OMBAK MUARA | Ombak muara ialah air yang mengalir deras dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang surut yang cepat. | UMUM | |
ARNHEM LAND | Arnhem Land terletak di penjuru timur laut di Wilayah Utara Australia. Kawasan ini beriklim tropika. Caruk pasang surut mengalir melalui paya bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut yang menganjur dari 30 kilometer hingga 50 kilometer ke pedalaman. Sebuah dataran tinggi setinggi kira-kira 500 meter di atas aras laut di tengah kawasan ini belum diterokai. Untuk lokasi, lihat Wilayah Utara (peta politik). | UMUM | |
TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
PESISIR LAUT | Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi sebahagian daratan semula. Tetapi selain persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir laut menampung pelbagai jenis hidupan. Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan lain kecuali di sepanjang pinggir lautan. | UMUM | |
SELAT BRISTOL | Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang terletak di antara Wales dengan barat daya England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku ombak muara (ombak gadang yang tinggi). Ombak ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn. Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12 meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara Sungai Severn. | UMUM | |
SYDNEY | Sydney ialah bandar yang tertua dan terbesar di Australia. Ia adalah ibu negeri New South Wales dan mempunyai 64 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Bandar dan subbandar di sekitarnya berkembang di pantai pasang-surut pelabuhan Port Jackson yang indah dan mengagumkan. Dua mercu tanda Sydney yang paling masyhur, Harbour Bridge dan Opera House, terletak di sebelah-menyebelah terminal feri utama di Circular Quay. | UMUM | |
ARAKNID | Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah, kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak. Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali. Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga bahagian utama badan: kepala, toraks dan abdomen. Araknid mempunyai empat pasang kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai tiga pasang kaki. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang |
|
Puisi |
---|
|
Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 210 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|