Shamsuddin al-Sumatrani ( ? 1630) ialah  ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama  sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah  as-Sumataral. Dia juga dikenali dengan  Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab  Shafii dan membawa ajaran tasawuf Hamzah  Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli  sufi yang mengamalkan ajaran Wahdatul Wujud  atau Wahdat-al-Wujud. Shamsuddin al-Sumatrani  pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada  Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah  (15801604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota  Alam (16071636). Dia bertugas di Istana Aceh  selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia  dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.  Menurut catatan Frederick de Hotman dalam  bukunya Cort Verhael vant Wederratens is   Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh  Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung  diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan  Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu  Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.  |