Shamsuddin al-Sumatrani ( ? 1630) ialah ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah as-Sumataral. Dia juga dikenali dengan Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab Shafii dan membawa ajaran tasawuf Hamzah Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli sufi yang mengamalkan ajaran Wahdatul Wujud atau Wahdat-al-Wujud. Shamsuddin al-Sumatrani pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah (15801604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (16071636). Dia bertugas di Istana Aceh selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh. Menurut catatan Frederick de Hotman dalam bukunya Cort Verhael vant Wederratens is Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India. |