Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah yang sihat berkurangan di bawah paras normal. Sel darah merah mengambil oksigen di dalam paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga. Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung yang deras, dan kesukaran bernafas. |