Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SARACENS | Saracens ialah panggilan yang diberikan oleh orang Barat terhadap orang Islam yang menyerang dan menduduki beberapa bahagian dunia Kristian di Asia, Afrika dan Eropah dari tahun 600-an M. hingga tahun 1000-an M. Nama ini juga ditujukan kepada orang Palestin, Syria, dan orang Moor, yang berjaya mengalahkan kerajaan Sepanyol pada tahun 700-an M. semasa Perang Salib, dan orang Saljuk yang berperang dengan tentera salib. Orang Yunani dan orang Rom pada mulanya menggunakan perkataan Saracen untuk menyatakan puak Arab yang tinggal di Gurun Siro-Arab. | UMUM | |
DOGE | Doge ialah panggilan kepada pemerintah Venice dari tahun 697 hingga tahun 1797. Doge berasal daripada perkataan Latin dux yang bermaksud ketua. | UMUM | |
DIPONEGORO | DIPONEGORO (1785 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOOSE | Moose ialah nama bagi anggota yang paling besar dalam famili rusa di Amerika Utara. Namanya mungkin berasal daripada bunyi panggilan yang kuat, meninggi oleh moose jantan. Di Eropah, moose dikenali sebagai elk (lihat Elk). Terdapat enam jenis subspesies moose yang berkeliaran di utara hutan konifer di Hemisfera Utara. Moose sering memakan rumpair air di tasik cetek pada waktu subuh dan senja. | UMUM | |
RAMLAH BINT ABU SUFYAN | Ramlah bint Abu Sufyan (25 S.H.44 H./596664 M.), salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. yang berketurunan Quraisy, juga dikenali dengan panggilan Umm Habibah. | UMUM | |
ABDUL WAHID OTHMAN | ABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DARDIRIY, ABU BARAKAT AL- | Dardiriy, Abu Barakat al- (11271201 H.), pakar dalam ilmu Fiqh dan pengikut Mazhab Maliki. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad, Abi Hamid al-Adawiy. Dia terkenal dengan panggilan al-Dardiri Abu Barakat. | UMUM | |
SATELIT TIRUAN | Satelit tiruan ialah objek buatan yang mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk mengkaji alam semesta, membantu dalam peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon merentas lautan, membantu pengemudian kapal dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan peralatan tentera di bumi. | UMUM | |
DAKWAH | Dakwah, ajakan, seruan, panggilan dan undangan kepada sesuatu. Dalam hal ini, ajakan, seruan, panggilan dan undangan itu merujuk seruan Allah SWT dan Rasul-Nya kepada sekalian insan. | AGAMA | Konsep |
ROUGH RIDERS | Rough Riders ialah nama panggilan bagi satu rejimen Amerika yang terkenal kerana berjuang di bawah pimpinan Theodore Roosevelt semasa peperangan antara Sepanyol-Amerika pada tahun 1898.
©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2017
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab
bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang
diperoleh dari laman ini.
| |