Shoran (kependekan bagi short range navigation) ialah sistem elektronik yang digunakan untuk pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang menggunakan shoran menghantar isyarat radio ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan. Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah. |