Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NIHILISME | Nihilisme ialah nama yang digunakan bagi pelbagai pandangan falsafah dan politik yang ekstrem dan negatif. Istilah nihilisme berasal daripada perkataan Latin yang bermakna tiada apa- apa . Penihilis yang paling radikal akan menafikan kewujudan apa-apa sahaja. Pandangan yang kurang sedikit radikalnya, yang biasanya disebut sebagai sikap skeptik , menafikan pandangan bahawa apa-apa sahaja boleh diketahui. | UMUM | |
ATOMISME | Atomisme ialah pandangan falsafah yang berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M. Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah atom zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan, tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam ruang. Mereka menyangka bahawa atom mempunyai pergerakan asal, tetapi juga berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini, dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama, dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya. | UMUM | |
ARIANISME | Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah, Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti KristianBapa, Anak dan Roh Kudus adalah sama. Arius menafikan bahawa Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius, Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia. Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia daripada Roh Kudus. | UMUM | |
RASIONALISME | Rasionalisme ialah suatu pandangan yang menekankan kepada kewarasan pemikiran atau taakulan manusia dan kebolehannya untuk menjawab soalan-soalan asas. | UMUM | |
SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat tinggi, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat rendah, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
PERASAAN HATI | Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau pandangan hidup seseorang. Perasaan hati seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau kadangkala, dari waktu ke waktu. | UMUM | |
ESEI | Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen yang mengandungi pandangan atau analisis penulis tentang subjek tertentu. | UMUM | |
MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya. | UMUM | |
ARIUS | Arius (256?336 M.) ialah pendeta di Iskandariah, Mesir yang mengasaskan pandangan teologi Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti KristianBapa, Anak dan Roh Kudus adalah sama. Arius mengajar bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi daripada Roh Kudus. | UMUM | |
EDITORIAL | Editorial ialah rencana akhbar atau majalah yang ringkas yang menerangkan pandangan penerbitan itu terhadap sesuatu isu semasa. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Seri Bangi gelaran paman, Waktu tuan raja di Kedah; Tinggi bulan sayup pandangan, Berpakat kita tumpang cerah.
Lihat selanjutnya... |
|