More, Saint Thomas (1477?1535) ialah penulis, negarawan dan ilmuan England yang agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor, jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun 1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry VIII untuk menceraikan permaisurinya. More dihukum pancung pada tahun 1535 kerana enggan menerima raja sebagai ketua gereja Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi teladan kepada individu yang meletakkan hati nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun 1935. |