Servetus, Michael (15111553), doktor dan ahli teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol, dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis. Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin secara khususnya, mengecam Servetus kerana enggan bersetuju dengan doktrin yang telah diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan, dituduh sebagai seorang penyeleweng agama, dan dibakar di sebuah pancang di Champel, Switzerland . |